SME DIGITALISATION MATCHING GRANT

Kerajaan Malaysia memperuntukkan RM500 juta untuk membantu 100,000 para SME untuk mengguna pakai dan memodalkan perniagaan dengan permohonan Geran Pemadanan 50% sehingga RM5,000 bagi setiap syarikat.

Kelayakan

PKS dimiliki oleh sekurang-kurangnya 60% warganegara Malaysia

PKS adalah berdaftar di bawah Akta yang relevan di Malaysia

PKS telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun.

Jualan tahunan minima sebanyak RM100,000 untk tahun pertama beroperasi ATAU RM50,000 untuk tahun dua (2) tahun secara berturut-turut.

Cara memohon

  1. Hubungi kami sebagai panel Penyedia Perkhidmatan untuk melaksanakan mana-mana perkhidmatan digitalisasi yang tersedia (maksimum 3 panel).

  2. Lengkapkan dan hantar borang permohonan ( https://bit.ly/38CutMN ) bersama-sama dengan dokumen sokongan yang diperlukan ke mana-mana cawangan BSN.

  3. Sebaik sahaja permohonan PKS diluluskan, jelaskan bayaran perbezaan jumlah invois setelah menolak jumlah subsidi yang diberikan dari Inisiatif dan serahkan bukti pembayaran kepada mana-mana cawangan BSN.


Kini peluang anda untuk mendigitalasi perniagaan anda!

Bersempena dengan Bajet 2020, Kementerian Kewangan (MOF) kini memberi geran kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk mengadaptasi Digitalisasi dalam operasi harian.

AN INITIATIVE

LEAD

PARTNERS

TOP